Komuniti MADANI diseru pantau penggunaan internet di NADI

PAPAR – Ahli Komuniti MADANI diseru memainkan peranan lebih aktif dalam memantau penggunaan kemudahan Internet di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi memastikan ia dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kemudahan internet disediakan di NADI bertujuan memastikan penduduk luar bandar mendapat akses kepada maklumat yang sahih dan tepat berhubung isu semasa.

“Kita sediakan capaian Internet, tetapi masih ada segelintir yang melayari laman tidak sepatutnya yang tidak membantu,” katanya semasa Program Sembang Santai bersama Komuniti MADANI Parlimen Papar, di sini pada Rabu.

Tambahnya, Kementerian Komunikasi komited membina lebih banyak menara telekomunikasi di kawasan luar bandar, namun usaha itu hanya akan berhasil jika penggunaan Internet digunakan dengan sebaiknya.

“Ahli Komuniti MADANI perlu menjadi ejen penyampai maklumat tepat berkenaan setiap pengumuman kerajaan, sekali gus mampu menjelaskan isu kepada masyarakat setempat dengan lebih berkesan.

“Komuniti MADANI bukan hanya berperanan sebagai ‘mata-mata’, tetapi juga ‘mulut-mulut’ yang menyampaikan fakta sahih dalam bahasa yang difahami oleh komuniti masing-masing,” jelasnya.

Mengulas pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fahmi menegaskan bahawa dalam tempoh 24 jam, taklimat kepada semua ahli Komuniti MADANI termasuk pengurus NADI perlu dilaksanakan agar mereka faham dan boleh menyampaikan maklumat dengan jelas.

Tambahnya, aspek penyampaian juga penting dalam komunikasi berkesan.

“Bahasa badan memainkan peranan penting. Sebab itu dalam latihan asas penerangan, gaya dan keyakinan ketika bercakap sangat dititikberatkan.

“Jika kita tampil yakin, orang akan lebih mudah menerima penjelasan,” ujarnya.

Related Posts

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

KUCHING – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemaskan koordinasi pengurusan bencana di peringkat negeri menerusi satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan di Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri (SDCC) pada Rabu. Sesi tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

MIRI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong menerima suntikan dana sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf fasiliti demi keselesaan pelajar. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz