Komunikasi jelas penting hadapi krisis global – Sultan Nazrin

IPOH – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan titah agar kerajaan dan semua pihak memperkukuh penyampaian komunikasi kepada rakyat secara jelas, tepat dan mudah difahami berhubung punca serta implikasi krisis global, sebagai langkah penting memastikan rakyat bersedia dan tidak terpengaruh dengan sentimen atau spekulasi.

Baginda bertitah, komunikasi berkesan amat kritikal ketika negara berdepan kemungkinan risiko darurat tenaga dan bekalan makanan susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran yang memberi kesan besar terhadap kestabilan serantau, ekonomi dunia serta emosi umat manusia.

Menurut baginda, dalam mendepani situasi mencabar itu, kerajaan dan rakyat perlu bersatu serta mengelakkan sebarang tindakan mensensasikan isu atau mengeksploitasi keadaan demi kepentingan politik sempit.

“Ini bukan masanya untuk menangguk di air keruh. Semua pihak termasuk anggota Dewan Negeri di pihak kerajaan dan pembangkang, pemimpin politik, masyarakat serta sektor swasta hendaklah mencari titik persamaan.

“Tunjukkan semangat bersatu serta saling bekerjasama untuk menangani krisis ekonomi yang bakal melanda dengan menghayati semangat kesetiaan kepada raja dan negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Sultan Nazrin turut menegaskan bahawa tiada negara yang mampu terlepas daripada tempias kesan rantaian krisis berkenaan, termasuk peningkatan harga bahan api global serta kos barangan dan perkhidmatan.

Sehubungan itu, baginda menzahirkan agar kerajaan negeri tidak berpeluk tubuh, sebaliknya menjadikan situasi tersebut sebagai loceng amaran untuk melaksanakan langkah proaktif, termasuk mempercepat peralihan kepada tenaga alternatif seperti kenderaan elektrik dan sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui bukan lagi pilihan, sebaliknya satu keperluan strategik yang wajib disegerakan,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut menyeru agar kekuatan ekonomi domestik dan kestabilan kewangan terus diperkukuh, manakala rakyat digalakkan mengamalkan budaya penjimatan.

Dalam masa sama, baginda menekankan kepentingan memelihara perpaduan rakyat dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, sambil menegaskan bahawa keharmonian negara merupakan aset paling berharga yang perlu dipertahankan.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori