Klinik Nyabor dan Roban siap dinaik taraf, beroperasi sepenuhnya Februari lalu

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja menaik taraf Klinik Kesihatan Nyabor dan Klinik Kesihatan Roban di kawasan Parlimen Saratok telah siap sepenuhnya pada Disember 2025 dan kedua-duanya mula beroperasi sepenuhnya Februari lalu.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib ketika menjawab Pertanyaan Lisan yang dikemukakan Senator Pele Peter di Dewan Negara pada Rabu.

Menurut Hanifah, projek naik taraf tersebut dilaksanakan di bawah inisiatif Bitara MADANI Pembaikan Klinik Daif Tahun 2025 bagi meningkatkan keselesaan dan mutu perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.

“Klinik Kesihatan Nyabor kini menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan asas termasuk rawatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, farmasi serta perkhidmatan kecemasan yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu,” katanya.

Sementara itu, Hanifah berkata, Klinik Kesihatan Roban menawarkan perkhidmatan hampir sama dengan tambahan kemudahan makmal patologi bagi menyokong proses diagnosis dan rawatan pesakit secara lebih berkesan.

Dari segi penjawatan, katanya, Klinik Kesihatan Nyabor diperuntukkan 15 jawatan melibatkan Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi dan jururawat, dan kesemuanya telah diisi sepenuhnya.

“Bagi Klinik Kesihatan Roban pula, sebanyak 18 jawatan diperuntukkan melibatkan Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, jururawat serta Juruteknologi Makmal Perubatan.

“Pada masa ini, hanya satu jawatan Pegawai Perubatan masih belum diisi dan proses pengisian sedang dilaksanakan,” menurutnya lagi.

Tambah beliau, pengisian jawatan secara berperingkat akan memastikan kedua-dua fasiliti kesihatan berkenaan dapat beroperasi secara optimum demi memenuhi keperluan masyarakat di kawasan Parlimen Saratok.

Related Posts

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

KANGAR – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung minggu depan ditangguhkan ke suatu tarikh baharu yang akan ditetapkan kelak. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

BETONG – Masjid baharu di daerah kecil Debak kini rasmi dikenali sebagai Masjid Al-Azim selepas dimasyhurkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg pada Jumaat. Majlis perasmian itu menandakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

UMNO timbang gerak solo PRN Melaka

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada

Peralihan biodiesel B10 ke B15 boleh dilaksana tanpa ganggu operasi sedia ada