
LONG LAMA – Klinik Kesihatan Long Lama menceriakan suasana perayaan Krismas tahun ini melalui penganjuran Pertandingan Hiasan Krismas yang melibatkan beberapa unit dalaman.
Program ini bertujuan bukan sahaja untuk memperindah persekitaran kerja, tetapi juga memupuk semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan.
Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Long Lama Simon Lohat menjelaskan, pertandingan itu memberi ruang kepada kakitangan menonjolkan kreativiti mereka, sambil menghidupkan suasana kerja yang lebih meriah.
“Kami mahu persekitaran klinik kelihatan ceria menjelang Krismas. Pada masa yang sama, pertandingan ini membolehkan kakitangan menunjukkan bakat kreatif masing-masing dan memperkuat hubungan antara unit,” katanya.
Pertandingan tersebut melibatkan Klinik Ibu dan Anak (KIA), Jabatan Pesakit Luar dan Unit Farmasi, dengan setiap unit menampilkan dekorasi berkonsepkan Krismas yang unik.
Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti, kekemasan, kebersihan, suasana ceria serta penggunaan bahan kitar semula.
Selain memeriahkan suasana, program ini turut bertujuan meningkatkan motivasi kakitangan serta menggalakkan budaya kerja berpasukan menjelang musim perayaan.

Program berkenaan turut dilihat mampu meningkatkan motivasi kakitangan serta menggalakkan budaya kerja berpasukan menjelang musim perayaan.



