KKM sedia dedah hasil siasatan kematian pakar perubatan hospital Lahad Datu

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendedahkan hasil siasatan jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu, Sabah sejurus ia diselesaikan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit, jika terbukti ada unsur buli dalam kes berkenaan, biarpun dapatan jawatankuasa bebas mungkin mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kematian pakar itu.

“Pada 2018, saya pernah memecat ketua jabatan di hospital kendalian KKM di Lembah Klang selepas didapati membuli doktor lain, biarpun dia ketika itu sudah berpangkat Jusa.

“Tindakan ini hasil siasatan jawatankuasa bebas berkaitan buli, sebelum ini.

“Justeru, saya lebih gemar mengambil sikap untuk mendedahkan dapatan ini atas prinsip akauntibiliti dan ketelusan dan mustahak untuk ia dilakukan sedemikian supaya semua pihak dapat mengambil iktibar, terutama dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Kita perlu tahu perkara ini secara terperinci bagi memastikan dasar baharu yang digubal nanti boleh berpandukan maklumat tepat,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) mengenai kesediaan KKM mendedahkan hasil siasatan kes terbabit, sekurang-kurangnya kepada Dewan Rakyat.

Dzulkefly berkata, pasukan petugas khas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dollah, ditubuhkan pada 10 Oktober lalu sejurus siasatan dalaman ke atas kes kematian pakar patalogi Hospital Lahad Datu, selesai dilaksanakan KKM.

Katanya, pasukan berkenaan akan menjalankan siasatan terperinci secara bebas dan inklusif, seterusnya menganalisis semua input daripada siasatan dijalankan serta mengenal pasti punca kes kematian dan mengesahkan, sama ada benar wujud perlakuan buli.

Pasukan berkenaan juga akan menyediakan laporan lengkap berhubung hasil siasatan dan penelitian dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penubuhannya.

Related Posts

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untukKementerian Pendidikan (KPM) mewujudkan jawatan khusus sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di sekolah, susulan kes kemalangan yang masih berlaku di sekolah dari semasa ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Konvensyen PH 2026 perkukuh agenda reformasi, aspirasi rakyat

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

Ada keperluan penyelaras KKP dilantik tangani isu kemalangan di sekolah

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi