Kiulu perintis kejayaan pembangunan CoBT

KIULU – Kawasan Kiulu terus memperkukuh peranannya sebagai perintis utama dalam pembangunan Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) di Sabah, sekali gus memacu sektor pelancongan luar bandar ke arah pencapaian yang lebih memberangsangkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelancongan merupakan antara teras utama dalam pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kiulu muncul sebagai antara peneraju dalam pembangunan CoBT.

“Hasil keseluruhan negeri daripada sektor ini meningkat kepada RM7 juta pada 2024, berbanding RM6.7 juta pada 2023 daripada 18 daerah aktif.

“Saya mahu pembangunan CoBT dipergiat kerana potensinya dalam merancakkan ekonomi di kawasan pedalaman,” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2025 di sini, pada Selasa.

Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada empat persatuan CoBT yang memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan empat universiti dan satu persatuan pelancongan dari Taiwan, termasuk Persatuan Pelancongan Kiulu.

“Tiga lagi persatuan terlibat ialah Persatuan Pelancongan Tambunan, Persatuan Pengusaha Kopi Sabah serta Persatuan Komuniti Wanita Kampung Tambatuon, Kadamaian, Kota Belud.

“Kolaborasi ini dijangka memberi impak besar dalam aspek pemindahan ilmu serta memperkasa komuniti pelancongan setempat,” katanya.

Hajiji turut berkata bahawa Persidangan Pelancongan Berasaskan Komuniti akan dianjurkan buat kali pertama oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah pada Jun ini di Kota Kinabalu, sebagai satu lagi langkah strategik memperkukuh sektor pelancongan negeri.

Tambah beliau, Sabah menerima kehadiran seramai 923,709 pelawat pada suku pertama tahun ini, iaitu sekitar 26 peratus daripada sasaran keseluruhan 3.5 juta pelancong bagi tahun 2025.

“Saya yakin sasaran ini bukan sahaja mampu dicapai, malah berpotensi untuk melepasi jumlah tersebut seperti tahun 2024 yang mencatatkan kehadiran 3.2 juta pelawat berbanding sasaran awal tiga juta,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan mempertingkat kemudahan infrastruktur luar bandar sebagai tunjang sokongan kepada sektor pelancongan dan pertanian.

“Infrastruktur yang baik bukan sahaja memberi keselesaan kepada penduduk tempatan, malah menjadi faktor tarikan utama kepada pelancong domestik dan antarabangsa,” ujarnya.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

IPOH – Lebihan hampir 19,000 tempat bagi kemasukan Tahun Satu di Perak mencerminkan kapasiti sekolah di negeri ini masih berada pada tahap selesa dan mampu menampung keperluan murid bagi sesi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia