Kia buka pusat latihan global di Shah Alam

PUTRAJAYA – Kia Asia Pacific mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan rasmi Pusat Latihan Kia Asia Pasifik, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab penting di rantau ini.

Dengan pelaburan sebanyak RM3 juta, ia menandakan pusat latihan global kelima Kia selepas Jerman, Russia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).

Presiden dan CEO Kia Asia Pacific, Kevin Ahn berkata, pusat latihan itu akan meningkatkan kemahiran kakitangan operasi, jualan dan selepas jualan bagi anak syarikat serta pengedar dengan latihan automotif berkualiti tinggi.

Beliau berkata, ini bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan menyeluruh dalam industri automotif yang sentiasa berkembang.

“Pembukaan pusat latihan ini selaras dengan matlamat syarikat yang mengutamakan pelanggan dan kakitangan serta komitmen kami terhadap penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi yang melebihi jangkaan pelanggan.

“Malaysia dipilih dari 34 pasaran di Asia Pasifik kerana lokasinya strategik, membolehkan kami memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang sambil memastikan pasukan sentiasa berada di hadapan dalam kemajuan teknologi,” katanya semasa Majlis Pembukaan Pusat Latihan Kia Asia Pacific, di Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Mengulas lanjut, Ahn berkata, pusat latihan itu menawarkan pelbagai kemudahan canggih termasuk bilik darjah paparan berteknologi tinggi untuk pengajaran teori, bengkel penuh untuk sesi praktikal, pusat sumber berkomputer untuk maklumat kenderaan Kia, simulator pembaikan maya dan alat khusus seperti peralatan diagnostik Kia.

Katanya, model utama Kia terkini termasuk kenderaan elektrik (EV) Kia EV6 dan EV9, serta model akan datang seperti EV5 dan EV3, turut disediakan untuk latihan amali.

Related Posts

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen 5.25 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM514.20 juta, bagi tahun kewangan 2024 (TK2024). Pengagihan dividen berkenaan menyaksikan peningkatan ketimbang RM485.08 juta yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fenomena bazar raya dalam talian perkembangan positif, norma baharu dunia perniagaan digital

FENOMENA membeli persiapan Aidilfitri di platform online membuktikan bahawa bazar raya dalam talian bukan sekadar menjadi trend sementara, tetapi merupakan satu revolusi dalam dunia perniagaan moden pada masa ini. Pensyarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM