Khairul Aming dedikasi anugerah untuk semua usahawan, peniaga kecil

PUTRAJAYA – Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, mendedikasikan Anugerah Maulidur Rasul diterimanya bagi kategori Usahawan/Teknokrat Berjaya hari ini, kepada semua usahawan dan peniaga kecil yang berusaha keras mencari rezeki.

Khairul Aming, 32, atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, mengakui tidak menyangka akan menerima anugerah itu, namun amat berterima kasih dengan penghargaan diberi.

“Saya sangat terkejut bila dimaklumkan menjadi antara penerima anugerah, khususnya bagi kategori usahawan ini.

“Saya dedikasikan kepada semua usahawan di luar sana, terutama peniaga kecil yang baru bermula berniaga di tengah panas dan hujan.

“Itu semua sebahagian daripada usaha mereka mencari rezeki halal dan anugerah ini saya tujukan kepada mereka.

“Apa yang penting, kita jaga keberkatan, perniagaan kita itu halal dan menjaga hubungan sesama Islam,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan menyampaikan anugerah berkenaan.

Turut berkenan berangkat, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pemilihan Khairul Aming menerima anugerah itu berdasarkan sumbangan aktif beliau melaksanakan inisiatif yang menitikberatkan kebajikan, termasuk membuka pusat bantuan banjir di Kota Bharu dan menyalurkan bantuan keperluan asas kepada lebih 7,200 mangsa di 17 lokasi.

Beliau turut menyumbang RM100,000 hasil jualan produknya, Sambal Nyet Berapi, kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia 2023, selain menggunakan pendapatane siaran langsung TikTok berjumlah RM32,000 untuk membeli hadiah dan barangan kegunaan yang diberikan kepada penonton setia.

Related Posts

Wali Band teruja lagu masih ‘hidup’ dalam kalangan Gen Z

KOTA KINABALU – Kumpulan popular Indonesia, Wali Band tidak menyangka lagu-lagu mereka masih mendapat tempat di hati peminat-peminatnya di negeri ini apabila lebih 3,000 peminat mereka membanjiri Sabah International Convention…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konsert penghormatan ke-31 Teresa Teng bakal hangatkan Kuching, pacu ekonomi kreatif Sarawak

KUCHING – Penganjuran Konsert Penghormatan Peringatan ke-31 mendiang Teresa Teng yang dijadualkan pada 24 dan 25 Julai 2026 dijangka bukan sahaja mengubat rindu peminat, malah bakal menjadi pemangkin kepada sektor…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan