Kewibawaan PMX di peringkat global permudah usaha bebas 23 aktivis GSF

KEWIBAWAAN dan pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat antarabangsa menjadi antara faktor utama yang membantu mempercepatkan pembebasan 23 aktivis Malaysia yang ditahan rejim Zionis Israel baru-baru ini.

Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, hubungan baik yang terjalin antara Perdana Menteri dengan beberapa pemimpin dunia, khususnya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi membolehkan proses rundingan dan pelepasan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) berjalan dengan lebih lancar.

“Walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel serta lantang mengutuk keras tindakan Benjamin Netanyahu, hubungan akrab antara PMX dan Erdogan membuka ruang komunikasi tidak langsung melalui Turkiye dan Jordan,” katanya kepada The Malaysia Press pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Turkiye dan Jordan memainkan peranan penting dalam menguruskan aspek logistik dan rundingan dengan Tel Aviv kerana kedua-dua negara itu mengekalkan saluran komunikasi terbuka dengan Israel.

“Malaysia beruntung kerana hubungan erat dengan Turkiye dan Jordan menjadikan mereka sedia membantu memastikan aktivis Malaysia dibebaskan segera tanpa dijadikan alat tawar-menawar politik oleh Israel.

“Ini hasil daripada reputasi Perdana Menteri kita yang dihormati dan diyakini rakan antarabangsa,” jelasnya.

Tambahnya, kedudukan Malaysia di mata dunia semakin kukuh hasil pendekatan diplomasi berprinsip yang dibawa oleh Perdana Menteri serta keupayaan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian tegas berkaitan isu Palestin dan Gaza.

“Pemimpin antarabangsa melihat Malaysia sebagai suara moral dan konsisten dalam mempertahankan keadilan untuk rakyat Palestin.

“Kredibiliti PM sebagai tokoh Islam moderat yang disegani menjadikan Malaysia dihormati walaupun tanpa hubungan rasmi dengan Israel,” katanya.

Azmi turut mengimbas kejadian kehilangan pesawat MH370 pada tahun 2014 sebagai contoh bagaimana reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa boleh mempengaruhi kesediaan negara-negara besar bekerjasama, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China yang ketika itu berdepan ketegangan geopolitik.

“Hubungan baik dan kepercayaan global terhadap kepimpinan negara membolehkan kita menerima bantuan sewajarnya ketika krisis. Justeru, menjaga prestij dan kepercayaan antarabangsa amat penting dalam diplomasi moden,” tegasnya.

Justeru, kataya, Malaysia perlu terus mengekalkan dasar luar yang berprinsip, terbuka dan berhemah agar pengaruh positif Perdana Menteri di persada global dapat dimanfaatkan untuk kepentingan rakyat dan imej negara.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi