Keusahawanan pendekatan terbaik basmi kemiskinan, jana pendapatan – Awang Tengah

LAWAS – Sarawak menyifatkan bidang keusahawanan sebagai pendekatan paling efektif dalam usaha membasmi kemiskinan serta meningkatkan pendapatan rakyat secara mampan, khususnya di kawasan luar bandar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dilihat menjadi tulang belakang ekonomi tempatan dan penyumbang utama peluang pekerjaan.

“Kita melihat pembangunan keusahawanan sebagai kaedah terbaik untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu.

“Justeru, pembukaan Anjung Usahawan Lawas ini diharap menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat dengan menyediakan kemudahan perniagaan yang kondusif, moden dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Anjung Usahawan Lawas di Banting yang dihadiri kira-kira 400 tetamu, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak menyeru peniaga tempatan agar memanfaatkan kemudahan tersebut dengan mendaftar dan memohon ruang perniagaan yang disediakan.

Tambahnya, kerajaan turut menyediakan ekosistem sokongan yang kukuh termasuk bantuan pembiayaan menerusi Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang menawarkan pinjaman sehingga RM250,000.

“Selain itu, Sarawak Micro Credit dengan kerjasama Agrobank dan Affin Bank turut ditawarkan khusus kepada golongan B40 bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada modal perniagaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu pembangunan infrastruktur sokongan seperti Lebuhraya Pantai Utara (NRCH), jambatan serta pembesaran CENTEXS Lawas sebagai hab latihan kemahiran akan terus merangsang aktiviti ekonomi di wilayah utara Sarawak.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Datuk Paulus Gumbang dan Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16