Ketua Menteri sumbang motosikal baharu kepada wira ‘Train To Pangi’

TENOM – Enam wira yang kehilangan motosikal selepas bertindak pantas menghentikan kereta api yang mengalami kegagalan brek di Kampung Pangi baru-baru ini, menerima khabar gembira apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersetuju menyumbangkan motosikal baharu kepada mereka.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Azrul Ibrahim.

“Saya dihubungi oleh Azrul Ibrahim yang menyatakan Ketua Menteri bersetuju menyumbangkan motosikal baharu bagi keenam-enam motosikal yang rosak dalam peristiwa kereta api kehilangan fungsi brek di Kampung Pangi, Tenom.

“Mewakili anak-anak muda ini, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan,” katanya.

Mengulas insiden yang tular dengan gelaran “Train To Pangi”, Jamawi berkata, pelbagai versi cerita timbul susulan kejadian berkenaan.

Namun katanya, hakikat paling penting ialah tindakan berani enam pemilik motosikal troli yang meletakkan kenderaan mereka di atas landasan bagi memperlahankan kereta api yang gagal dikawal akibat masalah brek.

“Ringkasnya, jika tiada enam motosikal troli yang diletakkan di landasan, kemungkinan bencana yang lebih besar akan berlaku apabila kelajuan kereta api tidak dapat dikawal,

“Tahniah juga kepada pemandu kereta api yang tenang dan tidak panik. Kedudukan enam motosikal tersebut berjaya memperlahankan kereta api dan membolehkan pemandu mengawalnya.

“Kepada semua guru-guru SK Pangi, semoga tidak lemah semangat untuk terus mendidik anak bangsa di pedalaman. Saya bangga dengan anda semua,” kongsinya.

Insiden berkenaan mencetuskan perhatian ramai apabila tindakan pantas penduduk kampung berjaya mengelakkan kemungkinan tragedi lebih buruk, sekali gus menonjolkan semangat kebersamaan masyarakat luar bandar dalam situasi kecemasan.

Related Posts

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

MIRI – Berakhir tragedi apabila seorang lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah lori muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass pada pagi Jumaat. Jurucakap Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

KOTA KINABALU – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir memasuki fasa penting apabila mahkamah diberitahu bahawa pihak peguam keluarga mangsa akan memanggil enam pakar, termasuk Pakar Forensik, Psikologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil