Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara terima darjah tertinggi Sabah ‎

KOTA KINABALU – Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail antara tiga penerima yang mendahului senarai penganugerahan darjah kebesaran Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, pada Isnin.

‎Turut menerima darjah tertinggi Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima ialah ahli perniagaan merangkap Pengarah Urusan FPSO Ventures Sdn Bhd, Datuk Abdul Farish Abd Rashid.

‎Sementara itu, seramai 79 individu menerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Bung Moktar dan ADUN Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa.

‎Antara penerimanya ialah Hakim Mahkamah Tinggi Maslinda @ Linda Mohd Ainal, Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Perbendaharaan Malaysia Sabah, Norali @ Ag Norali Ag Damit, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri Awang Tahir, Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd, Saadiah Aziz, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr William Gotulis, Ketua Konservator Hutan Sabah Zulkifli Suara, Pengurus Besar Pejabat Wilayah PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Haniza Abdul Wahab dan Pengerusi Persatuan Wartawan Kota Kinabalu Jimmy Goh.

‎Selain itu, 117 individu menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), diikuti 192 penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 260 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 249 penerima Bintang Kinabalu (BK), 113 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji, serta 13 dilantik sebagai Jaksa Pendamai termasuk Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahemad Sade, peguam Datuk Ram Singh dan Naib Presiden Parti Liberal Demokratik, Sim Fui.

‎Sementara itu, beberapa wartawan dan tokoh media turut menerima darjah kebesaran antaranya Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA) yang juga wartawan The Borneo Post, Mariah Doksil, Penolong Ketua Wartawan dan wartawan sukan The Borneo Post, Lester Bingkasan, wartawan RTM Azlinah Nineng dan penyampai radio stesen Sabah FM, Emran @ Azmi Rosle.

Related Posts

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Dadah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam satu operasi khas yang dijalankan di kawasan Roban,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

MUKAH – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia di kawasan taman permainan kanak-kanak Dataran Pehin Setia Raja pada Ahad. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Lelaki ditemukan meninggal dunia di taman permainan

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak