Ketua Geng Kavi baru keluar penjara, tumpas lagi curi kabel

SUNGAI PETANI – Baru lima bulan keluar penjara, seorang lelaki ditahan semula bersama lima rakan lain yang dikenali sebagai Geng Kavi kerana disyaki mencuri kabel.

Suspek utama berusia 38 tahun itu dikesan mengetuai kumpulan yang dipercayai aktif melakukan jenayah terbabit sekitar daerah Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, satu serbuan menerusi Ops Pintu/Usil dijalankan pada 11 Disember lalu di Pekan Lama Sungai Petani, sekali gus menumpaskan kegiatan geng terbabit yang dianggotai enam lelaki berusia antara 27 hingga 51 tahun.

“Hasil risikan dan tindakan susulan melalui operasi yang dijalankan sepanjang Disember ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda berjaya menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang aktif melakukan kegiatan mencuri kabel milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB),” katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan sama, pihak polis turut merampas peralatan dan perkakas yang digunakan untuk memecah dan memotong kabel sebelum dipercayai dijual ke tapak pelupusan.

Dalam serbuan terbabit, polis merampas lapan gulung kabel KTMB di dalam kenderaan yang digunakan suspek dengan nilai dianggarkan RM10,000.

“Modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan jaket keselamatan dan menunggang motosikal kononnya sedang memantau lokasi semasa melakukan jenayah.

Mereka juga menggunakan sebuah kenderaan jenis Proton Wira bagi memudahkan pergerakan serta menyimpan peralatan dan barangan curi termasuk kapak, tukul besi, mesin pengisar, pemotong dan gergaji besi.

“Sasaran utama kumpulan ini adalah merosakkan pagar KTMB, memasuki kawasan landasan kereta api dan seterusnya mencuri kabel di dalam lubang bawah tanah,” katanya.

Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk suspek utama yang memiliki 12 rekod jenayah dan 18 rekod berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta