Kestabilan politik aspek penting bentuk negara berjaya – Fahmi

PUTATAN – Kestabilan politik adalah antara aspek penting bagi membentuk sebuah negara berjaya, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“Perkara utama yang membolehkan pembangunan negara berjalan lancar dan baik adalah kestabilan politik sesebuah negara tersebut.

“Hari ini di peringkat negeri Sabah malah di persekutuan, kestabilan politik telah mencerminkan dan menunjukkan bahawa kita mampu memperoleh pembangunan yang lebih mapan, baik dan pantas.

“Dengan kestabilan politik yang ada kita mampu merealisasikan dan menyelesaikan masalah, mengusahakan pembangunan memastikan limpahan kebaikkan sampai kepada rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Karnival Hari Malaysia Putatan yang berlangsung di Perkarangan Dewan Sri Putatan, di sini, pada Sabtu.

Fahmi turut menjelaskan pencapaian Kerajaan Perpaduan dalam mengekalkan kestabilan politik kepada Malaysia telah membawa impak positif terhadap pembangunan negara.

“Kini nilai mata wang ringgit berada pada paras yang paling kuat dengan nilai yang cukup baik, tapi ada yang berpendapat nilai ini kurang baik bagi sektor pelancongan dek kerana nilai mata wang yang kini meningkat.

“Namun saya ingin memaklumkan Sabah akan terus menjadi destinasi pelancongan kerana tarikannya yang pelbagai menjadikannya salah satu destinasi paling diminati oleh pelancong dalam dan luar negara.

“Ini akan membawa limpahan ekonomi kepada rakyat dan negara, dan sebagai Menteri Komunikasi saya mahu memastikan semua tempat-tempat tarikan pelancong ini mempunyai akses internet yang baik, demi pembangunan secara keseluruhan,” katanya.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan