Kesesakan bandar Kluang akan selesai lepas PRK, peruntukan RM500,000 – Ahmad Maslan

KLUANG – Masalah kesesakan yang kerap berlaku di pusat bandar Kluang, khususnya di persimpangan Jalan Ayer Hitam, Jalan Mengkibol, Jalan Station dan Jalan Mersing bakal berakhir apabila kerajaan meluluskan peruntukan RM500,000 bagi projek pembesaran jalan di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebanyak jumlah peruntukan setengah juta yang telah diluluskan Kerajaan Pusat sebelum ini bagi projek tersebut yang akan disiapkan dalam tempoh kira-kira dua bulan.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberitahu, persimpangan jalan itu sering mengalami kesesakan teruk terutama pada waktu puncak serta ketika hujung minggu dan cuti umum sehingga mengundang rungutan penduduk tempatan.

“Peruntukan bagi projek pembesaran jalan ini sebenarnya sudah lama diluluskan iaitu sebelum adanya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota lagi.

“Tapi pelaksanaannya kita tangguhkan selepas PRK ini kerana kita tidak mahu kerja-kerja pembesaran itu menyebabkan kesesakan di kawasan ini semakin buruk memandangkan ketika ini sedang berlangsungnya PRK,” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi pembesaran jalan itu, pada Rabu.

Tambah Ahmad, ini adalah contoh kerajaan yang prihatin menyelesaikan masalah rakyat bukan hanya ketika pilihan raya.

“Kita menyelesaikan perkara ini di merata tempat di seluruh negara. Kita nak beritahu rakyat bahawa permohonan ini kita sentiasa utamakan.

“Hari ini saya nak buat pengesahan, sebelum ini kita dah menyatakan sebelum penamaan calon tapi ada orang tak percaya, hari ini saya ulang umum, pembesaran jalan ini adalah benar akan dilaksanakan,” ujar Ahmad lagi.

Hadir sama ketika lawatan itu ialah Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin.

Sementara itu, Ahmad berkata, pembesaran jalan tersebut merupakan antara beberapa projek yang diluluskan Kerajaan Pusat untuk manfaat penduduk di sekitar daerah Kluang termasuk di DUN Mahkota dan DUN Mengkibol.

Sebelum ini, beliau berkata, Kerajaan Pusat juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membina longkang untuk mengatasi masalah banjir di Jalan Padang Tembak serta pembinaan jambatan baharu dua lorong di Kampung Sri Tengah dengan peruntukan sebanyak RM9 juta.

Jelasnya, kesemua peruntukan bagi projek itu telah diluluskan sebelum adanya PRK DUN Mahkota, sekali gus membuktikan perhatian Kerajaan Pusat dalam meningkatkan taraf hidup penduduk di daerah Kluang dibuat sepanjang masa, bukannya bermusim iaitu ketika adanya PRK.

Pada masa sama juga, jelas beliau, bantuan daripada kerajaan itu juga menunjukkan betapa pentingnya untuk penduduk DUN Mahkota memastikan wakil rakyat mereka sealiran dengan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

“Disebabkan tiga wakil rakyat di bawah Parlimen Kluang sebelum ini adalah daripada Kerajaan Pusat, jadi mudah untuk mereka memohon bantuan dan mudah juga untuk diluluskan.

“Itulah kelebihannya jika penduduk DUN Mahkota sealiran dengan kerajaan Pusat dan situasi ini sebenarnya bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi di seluruh negara yang mana dalam sistem demokrasi, siapa yang menang ada kelebihan berbanding mereka yang menjadi pembangkang,” kata Ahmad lagi.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti