Keserasian jentera PH, GRS lonjak keyakinan kempen di Merotai – Saifuddin

TAWAU – Kemampuan membentuk sebuah pasukan kempen bersama PH dan GRS yang tersusun menjadi antara perkara yang meningkatkan keyakinan terhadap kemenangan di Merotai, kata Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Ismail Nasution.

Beliau berkata, perkara itu ditambah lagi dengan sokongan jelas daripada dua tokoh tempatan yang berpengaruh iaitu Ketua Bahagian PGRS Merotai, Mohammad Jailani Chachu dan Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri Liew Yun Fah.

“Sedia maklum, dalam mana-mana kempen pilihan raya, kalau calon sudah bagus, manifesto pun bagus, isu pun dah bagus, tapi kalau jentera ‘collapse’, dia tidak membawa ke mana.

“Jentera akan menjadi penghubung antara calon dan parti dengan pemilih (pengundi) dan itu sudah pun kami capai,” katanya kepada media di Merotai, pada Khamis.

Menurut Saifuddin, isu ‘tiga serangkai’ (air, jalan raya dan elektrik) yang dialami penduduk Merotai dapat diselesaikan melalui perancangan rapi dan tekad politik yang jelas serta peruntukan munasabah.

“Dalam pembentangan bajet yang dibentang oleh Perdana Menteri baru-baru ini telah pun meletakkan angka-angka yang besar untuk projek baru Sabah antaranya RM6.8 bilion dan pemberian khas RM600 juta.

“Ini adalah komitmen yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri kepada orang Sabah,” katanya.

Related Posts

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat