Keselamatan diutamakan, JPJ perketat pemeriksaan kenderaan sempena musim perayaan

KUCHING – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak memandang serius isu keselamatan jalan raya terutama menjelang musim perayaan dan cuti sekolah, dengan memperketat pemeriksaan terhadap kenderaan awam khususnya bas ekspres.

Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Ahmad Nazdri Mohd Hassan berkata, pelbagai agensi termasuk JPJ dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) digerakkan dalam operasi bersepadu sempena musim perayaan kali ini.

“Pemeriksaan teknikal terhadap kenderaan seperti tayar, brek serta Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (PPP) dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan setiap kenderaan benar-benar selamat digunakan.

“Pengguna jalan raya juga diingatkan agar lebih berhati-hati dan memastikan kenderaan mereka mematuhi piawaian keselamatan sebelum memulakan perjalanan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili memaklumkan seramai 30 pemandu bas telah menjalani ujian saringan air kencing dan kesemuanya disahkan negatif dadah.

“Untuk operasi kali ini, semua pemandu lulus ujian saringan dadah. Tiada kompaun dikeluarkan setakat ini dan sekiranya tayar didapati tidak menepati piawaian, kita akan arahkan supaya ditukar serta-merta,” katanya ketika ditemui media pada Khamis.

Menurutnya, penguatkuasaan ini merupakan sebahagian daripada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Penguatkuasaan JPJ Sarawak Sempena Musim Perayaan Tahun 2025 yang turut melibatkan pemeriksaan di tiga terminal utama iaitu Kuching, Sibu dan Miri.

“Ini termasuk Ops Gawai yang bermula 24 hingga 31 Mei serta Ops Khas Hari Raya Aidiladha dari 4 hingga 10 Jun depan,” katanya.

Jelas beliau, JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pesalah jalan raya yang mengabaikan keselamatan pengguna lain.

“Pendekatan ini selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030,” katanya.

Pada masa yang sama, orang awam digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan lalu lintas seperti trend melakukan pusingan berbahaya di Pusingan P (P Turn) menerusi aplikasi MyJPJ atau emel kepada aduantrafik@jpj.gov.my.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi