Rugi lebih RM135,000, guru wanita ditipu sindiket

KUANTAN – Seorang guru wanita mengalami kerugian RM135,150 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Komunikasi Digital dan polis.

Lebih malang, mangsa berusia 25 tahun terpedaya hingga terpaksa membuat pinjaman peribadi RM128,000 sebelum wang tersebut dilesapkan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, nasib malang menimpa wanita itu bermula selepas menerima panggilan daripada suspek menyamar pegawai dari bahagian penyekatan rangkaian, Jabatan Komunikasi Digital pada 2 Julai lalu.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan bahawa nombor telefon yang digunakan telah menyebarkan pautan yang tidak sah di kawasan negeri Perak.

“Panggilan telefon tersebut kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek menyamar sebagai pegawai polis kononnya bagi tujuan siasatan.

“Suspek mengarahkan mangsa membuat pemindahan wang ke akaun diberikan bagi tujuan siasatan,” katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Yahaya berkata, bimbang berdepan tindakan undang-undang, mangsa akur dengan arahan suspek apabila membuat pinjaman peribadi RM128,000 dalam tempoh dua minggu untuk urusan itu.

“Mangsa juga menggunakan wang simpanannya dan telah membuat 11 transaksi bayaran ke enam akaun bank berlainan dengan jumlah keseluruhan RM135,150.

“Mangsa menyedari ditipu selepas membuat semakan melalui satu aplikasi berkaitan penipuan dalam talian sebelum membuat laporan polis di sebuah balai di Rompin,” katanya.

Yahaya berkata, orang ramai dinasihatkan agar membuat semakan dengan pihak polis atau agensi berkaitan sekiranya menerima panggilan yang meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta