Kerjasama strategik perkukuh peranan IKBN dalam TVET

KEMAMAN – Kerjasama strategik antara agensi dan jabatan kerajaan diyakini mampu menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) dalam kalangan belia serta masyarakat.

Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Norlia Abdullah berkata, program yang ditawarkan di institusi itu sememangnya berfokus kepada kemahiran TVET dan selari dengan keutamaan Kerajaan MADANI yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kerjasama rentas jabatan dan kementerian dapat mengukuhkan lagi peranan IKBN sebagai institusi TVET. Antara peluang yang boleh diteroka termasuk pengiklanan program TVET melalui agensi di bawah Kementerian Komunikasi serta pelaksanaan program pengukuhan dasar MADANI untuk kakitangan dan pelajar IKBN,” katanya ketika sesi taklimat sempena kunjungan hormat Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Kemaman ke IKBN Kemasik.

Kunjungan itu diketuai Pegawai Penerangan JKOM Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, yang turut mengadakan lawatan ke bengkel Jabatan Multimedia, Jabatan Kosmetologi serta Jabatan Hospitaliti dan Perhotelan. Delegasi JKOM turut meninjau Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) IKBN Kemasik.

Norlia berkata, kunjungan berkenaan sejajar dengan motto “JKOM bersama rakyat” dan memberi nilai tambah dalam usaha mempromosikan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap konsep Malaysia MADANI.

Untuk rekod, IKBN Kemasik mempunyai sekitar 300 pelajar di bawah tiga jabatan utama dan merupakan salah satu pusat latihan kemahiran belia yang penting di Terengganu selain IKBN Wakaf Tapai, Marang.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16