Kerajaan tolak tuntutan penggodam MAHB wang tebusan AS$10 juta – PM

MALAYSIA Airports Holdings Berhad baru-baru ini dilanda serangan siber dan penggodam menuntut wang tebusan AS$10 juta (RM44.3 juta) tetapi tidak dilayan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi perbincangan yang berlangsung, beliau menolak tuntutan penjenayah itu.

“Semalam kita bicara tentang serangan siber dan ‘hacking’ (aktiviti menggodam) dan agak berat terhadap MAHB dalam satu dua hari yang lalu.

“Jadi perbincangan bagaimana menyelesaikan termasuk tuntutan daripada penggodam untuk memperoleh dana AS$10 juta atau sebagainya. Saya dimaklum, saya Alhamdulillah bulan Ramadan, saya tak tunggu lima saat pun, saya terus jawab no (tidak),” katanya.

Beliau berkata demikian berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (Pulapol), hari ini (25 Mac).

Anwar bagaimanapun tidak menyatakan tujuan insiden penggodaman atau pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Turut hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sementara itu, beliau berkata, walaupun terdapat risiko, kerajaan akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Insiden ini juga membuktikan keperluan negara untuk memperuntukkan lebih banyak sumber kepada polis dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mempersiapkan diri melawan penggodam.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta