Kerajaan setuju inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga (JPH) yang berlangsung di sini pada Selasa bersetuju supaya inisiatif pembangunan jagung bijian secara bersepadu dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif tersebut perlu untuk mengurangkan kebergantungan import sumber makanan bagi industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran yang tinggi sekali gus mempengaruhi harga bekalan yang tinggi di pasaran.

”Mesyuarat juga memutuskan supaya Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dilibatkan secara kolaboratif dan holistik melalui Jawatankuasa Industri Jagung Bijian Negara (NGCIC) yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Keputusan itu diambil daripada tiga kertas pertimbangan yang dibentangkan dalam mesyuarat kali kedua yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Menurut Armizan, mesyuarat mengambil maklum inisiatif-inisiatif dan syor-syor yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan meminta supaya dijadikan rujukan dalam Kajian Penstabilan Harga Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan serta dipertimbangkan oleh agensi pusat dan kementerian persekutuan berkaitan.

Katanya lagi, mesyuarat turut mengambil maklum mengenai dapatan awal Kajian Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan WP Labuan yang telah dimulakan pada Mei 2024 dan dijangka selesai pada November 2024.

”Laporan lengkap kajian ini akan dibentangkan di dalam Mesyuarat JPH Sabah, Sarawak dan WP Labuan akan datang yang dijadualkan pada bulan Disember 2024.

”Hasil dan dapatan daripada kajian ini akan dijadikan sebagai asas pertimbangan bagi penambahbaikan inisiatif sedia ada dan juga cadangan inisiatif baharu pada masa akan datang berkaitan penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan WP Labuan,” jelasnya.

Sebagai rekod sebanyak tiga kertas pertimbangan yang dibentangkan dalam mesyuarat JPH iaitu Pembangunan Industri Jagung Bijian oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Inisiatif Penstabilan Harga Barangan dan Perkhidmatan di bawah Kerajaan Negeri Sabah dan Inisiatif Penstabilan Harga Barangan dan Perkhidmatan di bawah Kerajaan Negeri Sarawak.

Manakala, dua kertas makluman yang dibincangkan pula ialah Laporan Dapatan Awal (Fasa Interim) bagi Kajian Penstabilan Harga di Sabah dan WP Labuan oleh Universiti Malaysia Sabah(UMS) dan Laporan Dapatan Awal (Fasa Interim) bagi Kajian Penstabilan Harga di Sarawak oleh Universiti Malaysia sarawak (UNIMAS).

JPH merupakan platform dalam meneliti isu-isu, cabaran serta melaksanakan kajian berhubung masalah harga barangan dan perkhidmatan termasuk akan menyediakan cadangan strategi dan mekanisme dalam penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Related Posts

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

MIRI – Semangat kebersamaan dan amalan gotong-royong jelas terpancar dalam kalangan warga Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk pada Isnin. Program bersempena bulan Ramadan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri