Kerajaan sentiasa pantau perubahan kecanggihan aset tempur – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa memantau perubahan teknologi pertempuran yang sekali gus menuntut pembelian barangan canggih sesuai peredaran zaman.

Pun begitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersyukur memandangkan Asean setakat ini dianggap antara rantau paling aman di dunia dan kepesatan pertumbuhan ekonomi yang paling pantas namun tetap berwaspada dan bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan luar jangka.

“Sekarang ini dalam peperangan Rusia, Ukraine dan dalam pertempuran kita lihat baru-baru ini Iran, Israel dan Hizbullah, dron sudah menjadi suatu
yang menjadi keutamaan yang bukan keutamaan puluhan tahun yang lalu.

“Jadi kita akan melihat. Saya setuju supaya kita sentiasa pantau dan lihat apakah keperluan-keperluan semasa kerana teknologi berubah dan menuntut kita juga membeli barangan yang canggih, yang berupaya kita lakukan.

“Walaupun kita syukur Alhamdulillah setakat ini rantau Asean ini dianggap rantau yang di antara yang paling aman di dunia dan kepesatan pertumbuhan
ekonomi yang paling pantas di dunia.

“Mudah-mudahan kita dipelihara daripada permasalahan yang dihadapi oleh banyak rantau lain,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Anwar berkata demikian menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhubung perbandingan cost-benefit analysis (CBA) daripada membeli yang baharu berbanding dengan pajakan akan timbul pula sama ada Malaysia akan menggunakan helikopter yang sama kerana dengan peningkatan ataupun peralihan teknologi.

Menurut Anwar, keperluan dalam pembelian ini adalah untuk 15 tahun dan selepas itu negara boleh miliki dengan harga yang murah dalam sekitar RM15 juta.

“Tetapi saya ambil perhatian kerana teknologi berubah, kecanggihan berubah, keperluan berubah, ini benar sebab itu pembelian itu mengikut keperluan semasa dan saya tidak fikir kita berakhir pada keperluan helikopter untuk 15 tahun ini sahaja.

“Tentu dalam dua tiga tahun lagi kita akan tanya, malah itu pendekatan saya serta Menteri Pertahanan lebih arif bab ini kerana kita mengatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia harus berikan apa senarai keutamaan mereka selain helikopter dan Kapal Tempur Pesisir (Kapal LCS) ini umpamanya,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan