Kerajaan selaras pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang menyelaras pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan bagi memastikan semua pihak memahami bahawa buli adalah satu jenayah.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perdana Menteri menyampaikan pandangan tegas bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sikap buli seperti ini (kes kematian Zara Qairina Mahathir) berlarutan.

“Jadi, antara perkara yang akan diusahakan dalam kalangan menteri adalah penyelarasan beberapa tindakan memandangkan pindaan kepada Seksyen 507B hingga 507G sudah berkuat kuasa Julai lalu.

“Maka, kita ingin pastikan pelaksanaan bagi pindaan yang mentakrif dan mendefinisikan buli sebagai satu jenayah difahami oleh semua kementerian, terutama yang menguruskan institusi pendidikan termasuk asrama dan beberapa tindakan susulan akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) Tahun 2025, anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara, hari ini.

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 yang bertujuan menangani isu buli dengan lebih efektif dan menyeluruh – termasuk buli siber – diluluskan di Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 dan Dewan Negara pada 16 Disember 2024.

Fahmi menjelaskan, Perdana Menteri juga menyampaikan pandangan mengenai sikap beberapa pihak dan tokoh yang dianggap tidak baik atau biadab, serta memaklumkan tindakan daripada pihak berkuasa akan diambil terhadap mereka yang berkenaan.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

Perpaduan kukuh jadi pemangkin pembangunan Betong

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Status tambah 17 kerusi DUN Sarawak kini dalam penelitian SPR – Mustapha

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pantai Miri berpotensi jadi destinasi pelancongan setanding Langkawi, Port Dickson

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis