
KUCHING – Kerajaan Sarawak berhasrat menyumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa terkorban akibat tragedi tanah runtuh di Miri.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bantuan ini merupakan usaha kerajaan Sarawak untuk meringankan beban keluarga mangsa.
“Kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga lima mangsa yang terkorban akibat tragedi tanah runtuh di Miri,” ujar beliau.
Tambah beliau, kerajaan Sarawak akan memberikan RM10,000 untuk setiap mangsa kepada ahli keluarga mangsa.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada siding media semasa mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Batu Kawa pada Khamis.
Sebelum itu, kejadian tanah runtuh di Miri berlaku seawal pagi Rabu menyebabkan lima mangsa terkorban, dua mangsa cedera dan lima mangsa selamat.







