Kerajaan salur SARA RM100 mulai 9 Februari

KERAJAAN akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang akan dikreditkan mulai 9 Februari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan amanat Perutusan Tahun Baharu, sebentar tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan tersebut bertujuan bagi persiapan sambutan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan.

“SARA tahun ini untuk semua rakyat, iaitu 22 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas kita akan kreditkan pada 9 Februari ini,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan dilaksanakan bermula 20 Januari ini.

Terdahulu, pada 23 Julai lalu, Anwar mengumumkan pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kredit RM100 tersebut sah digunakan sehingga 31 Disember lalu bagi pembelian barangan keperluan asas di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

Bagi tahun lepas, peruntukan keseluruhan bagi pelaksanaan program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA mencecah RM15 bilion, sekali gus mencatatkan nilai tertinggi dalam sejarah penyaluran bantuan tunai negara.

Related Posts

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun