Kerajaan Sabah teroka kerjasama strategik perkukuh infrastruktur negeri

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah terus memperkukuh usaha meningkatkan kualiti infrastruktur negeri apabila menerima kunjungan hormat daripada IMT Services Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, pertemuan itu membuka ruang kepada potensi kerjasama strategik dalam memperkenalkan teknologi kejuruteraan moden bagi menangani cabaran infrastruktur negeri, khususnya di kawasan luar bandar.

“Dalam sesi tersebut, pihak syarikat membentangkan pelbagai kepakaran dan penyelesaian inovatif, termasuk teknologi perlindungan infrastruktur, penstabilan cerun serta kaedah penyelenggaraan jalan yang lebih mampan dan tahan lasak.

“Pendekatan penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance) turut diketengahkan sebagai langkah proaktif mengurangkan kos jangka panjang serta risiko kerosakan serius,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Selasa.

Menurut Joachim, pihaknya mengalu-alukan kerjasama sektor swasta dalam membangunkan dan memperkukuhkan infrastruktur negeri.

“Kami bersedia untuk berkerjsama dengan pihak swasta yang menawarkan teknologi dan kepakaran baharu, selaras dengan keperluan mendesak kerajaan negeri dalam memperkukuh daya tahan infrastruktur, khususnya di kawasan yang berdepan cabaran geografi dan faktor cuaca.

“Kementerian sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran serta rekod prestasi kukuh, demi memastikan pembangunan infrastruktur yang lebih berkualiti, selamat dan mampan untuk kesejahteraan rakyat Sabah,” ujarnya.

Pertemuan berkenaan diakhiri dengan sesi perbincangan dua hala yang konstruktif, sekali gus membuka laluan kepada kemungkinan pelaksanaan projek bersama pada masa hadapan, sejajar aspirasi kerajaan negeri dalam mempertingkat kemudahan asas dan jaringan perhubungan di Sabah.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen