Kerajaan Sabah rancang tubuh unit khas pacu pertumbuhan ekonomi kreatif

KUALA LUMPUR – Kerajaan Sabah sedang merancang pelbagai inisiatif untuk golongan muda di negeri ini termasuk menubuhkan sebuah unit khas bagi memacu pertumbuhan ekonomi kreatif.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, usaha tersebut bertujuan membuka lebih banyak ruang kepada anak-anak muda Sabah untuk menjadikan minat dan bakat mereka sebagai kerjaya yang mampan serta mampu menjana pendapatan pada masa hadapan.

“Kita melihat bahawa dunia hari ini semakin berkembang termasuk dalam bidang baharu seperti e-sukan dan industri kreatif.

“Namun yang lebih penting adalah bagaimana kita memanfaatkan keseluruhan ekosistem ini sebagai satu platform pembangunan belia dan peluang ekonomi.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah sedang merancang pelbagai inisiatif termasuk menubuhkan sebuah unit khas untuk memacu pertumbuhan ekonomi kreatif.

“Usaha ini bertujuan membuka lebih banyak ruang kepada anak-anak muda Sabah untuk menjadikan minat dan bakat mereka sebagai kerjaya yang mampan serta mampu menjana pendapatan pada masa hadapan,” katanya ketika merasmikan penutupan Hari Sukan Anak Sabah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, pada Ahad.

Tambahnya, golongan mahasiswa khususnya dari Sabah bukan sekadar penuntut ilmu, tetapi pemimpin masa hadapan yang membawa idea, tenaga dan semangat perubahan.

“Mereka adalah penggerak kepada masyarakat dan pencetus kepada budaya yang lebih sihat dan progresif.

“Kerajaan Negeri Sabah sudah pun menunjukkan komitmen besar terhadap pembangunan pendidikan dan belia. Melalui Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), seramai 13,550 pelajar Sabah sudah menerima manfaat dari tahun 2021 hingga 2024.

“Pada tahun lalu, kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan BKNS sehingga mencecah RM136 juta. Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa percaya bahawa pelaburan terbesar untuk masa depan Sabah adalah pelaburan kepada anak mudanya,” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri turut memperkukuhkan agenda pembangunan anak muda melalui inisiatif Belia Sabah Maju Jaya (Belia SMJ) yang memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan, keusahawanan, latihan kemahiran, TVET, ekonomi kreatif serta pemerkasaan belia di seluruh Sabah.

“Kita mahu memastikan anak-anak muda Sabah bukan sahaja berjaya dalam akademik dan sukan, tetapi turut mempunyai daya saing, peluang pekerjaan dan ruang untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya.

Mengenai program berkenaan, Nizam memuji penganjurannya kerana berjaya menghimpunkan penyertaan anak-anak Sabah daripada tiga kampus universiti dengan pembabitan dalam pelbagai acara seperti futsal, badminton, bola tampar dan e-sukan.

“Ini bukan sahaja menunjukkan kepelbagaian bakat, tetapi juga menggambarkan bahawa generasi muda Sabah mampu bersaing dalam pelbagai arena. Tahniah kepada Persatuan Ikatan Anak-Anak Sabah Kampus Gombak dan seluruh jawatankuasa yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan program ini,” katanya

Related Posts

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

KOTA KINABALU – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dijadual mendaki Gunung Kinabalu pada 12 Mei sempena Ekspedisi Mahkota Borneo bermula 11 hingga 13…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

TAMBUNAN-  Pengusaha pertanian tempatan memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan dari luar negara.‎‎Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, Sabah memerlukan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

UMNO rai ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor, imbau sejarah penubuhan parti

UMNO rai ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor, imbau sejarah penubuhan parti

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi