Kerajaan Persekutuan peruntuk RM8 juta bina Pusat Dialisis di Kelantan

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM8 juta bagi membina dan menyiapkan Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan di bawah Jabatan Kerja Raya Malaysia.

“Dengan kelulusan ini diharapkan ia dapat membantu dalam memberi dan menyediakan infrastruktur yang baik dan selamat untuk kegunaan rakyat yang memerlukan di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Peniaga Pasar Besar Siti Khadijah, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anwar berkata, perkara berkenaan sudah dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika pertemuan di Istana Negeri, hari ini.

“Sempena lawatan saya di Kelantan hari ini, saya sempat berbincang dengan Sultan Kelantan dan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berhubung beberapa pelaksanaan projek di Kelantan.

“Ini termasuk ada beberapa projek perlu disegerakan seperti projek tebatan banjir walaupun membabitkan kos yang tinggi,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan