Kerajaan Perlis ucap terima kasih KPKM bantu nelayan darat

PADANG BESAR – Kerajaan Negeri menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atas komitmen berterusan meningkatkan pendapatan nelayan darat di Perlis melalui program pelepasan benih ikan dan udang galah sepanjang tahun ini di Tasik Timah Tasoh.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail berkata, sumbangan itu mencerminkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan nelayan darat dan kelestarian ekosistem perikanan darat di negeri ini.

“Kerajaan negeri amat menghargai kerjasama strategik daripada KPKM dan Jabatan Perikanan yang sentiasa menyokong inisiatif untuk memperkukuh sumber pendapatan komuniti nelayan darat.

“Pelepasan benih udang galah bukan sekadar menyumbang kepada sumber ekonomi nelayan, tetapi turut membantu memulihara biodiversiti akuatik di Tasik Timah Tasoh,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan sebanyak 200,000 ekor benih udang galah bernilai RM50,000 di kawasan Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh.

Menurut Rahimi, program tersebut dijangka memberi kesan positif kepada nelayan tempatan apabila udang galah yang dilepaskan membesar dan boleh dituai dalam tempoh empat bulan akan datang.

“Sekitar 30 hingga 40 peratus daripada jumlah benih yang dilepaskan dijangka hidup dan membesar, sekali gus meningkatkan hasil tangkapan nelayan serta membuka peluang ekonomi baharu melalui aktiviti memancing dan pelancongan,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan negeri bersama KPKM akan meneruskan pelepasan benih ikan dan udang secara berkala bagi memastikan sumber perikanan darat di Perlis kekal lestari dan terkawal.

“Kerjasama erat antara kerajaan negeri dan KPKM ini akan terus diperkukuh bagi memastikan sektor perikanan darat menjadi salah satu pemangkin ekonomi dan pelancongan di Perlis,” jelasnya.

Related Posts

Koi Waris FELDA hidup semula semangat asal peneroka

KUANTAN – Program ‘Koi Waris FELDA’ adalah antara inisiatif baharu kerajaan Pahang bagi menghidupkan semula semangat perjuangan asal warga peneroka. Exco FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah pencegahan Influenza A dipertingkat di semua sekolah Perlis

KANGAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis mempertingkat langkah pencegahan kesihatan di semua sekolah selepas beberapa kes jangkitan Influenza A dikesan di negeri itu sejak awal Oktober. Pengarah Pendidikan Negeri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Koi Waris FELDA hidup semula semangat asal peneroka

Koi Waris FELDA hidup semula semangat asal peneroka

Langkah pencegahan Influenza A dipertingkat di semua sekolah Perlis

Langkah pencegahan Influenza A dipertingkat di semua sekolah Perlis

Kerajaan Perlis ucap terima kasih KPKM bantu nelayan darat

Kerajaan Perlis ucap terima kasih KPKM bantu nelayan darat

3 gereja di Ulu Dusun terima sumbangan bakul makanan

  • By Fandi
  • October 14, 2025
3 gereja di Ulu Dusun terima sumbangan bakul makanan

Agihan pembangunan mesti cerminkan Sabah sebagai ‘equal partner’ – Madius

Agihan pembangunan mesti cerminkan Sabah sebagai ‘equal partner’ – Madius

PRN17 Sabah: Shahelmey pertimbang bertanding semula kerusi DUN Tanjung Keramat

PRN17 Sabah: Shahelmey pertimbang bertanding semula kerusi DUN Tanjung Keramat