Kerajaan pastikan pengeksport tempatan patuhi piawaian antarabangsa

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan semua syarikat tempatan yang mengeksport barangan ke Amerika Syarikat (AS) mematuhi setiap standard dan piawaian antarabangsa yang ditetapkan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu penting bagi memastikan hubungan perdagangan Malaysia dengan AS terus kukuh tanpa menjejaskan kepentingan ekonomi negara.

Beliau berkata, nilai eksport Malaysia ke AS ketika ini dianggarkan mencecah RM233 bilion setahun.

“Kerajaan akan memastikan semua syarikat tempatan yang mengeksport ke negara berkenaan mematuhi syarat dan piawaian yang ditetapkan.

“Pematuhan terhadap standard antarabangsa adalah penting bagi memastikan perdagangan Malaysia dengan AS dapat diteruskan tanpa menjejaskan kepentingan ekonomi negara,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Cochrane Perkasa, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai siasatan yang akan dijalankan oleh AS di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan, Johari berkata, Malaysia bukan satu-satunya negara yang bakal berdepan proses berkenaan.

Sebaliknya, katanya hampir 60 negara yang mencatat lebihan perdagangan dengan AS, termasuk Malaysia, dijangka turut disiasat.

“Terdapat empat perkara yang akan disiasat seperti kemungkinan amalan lambakan harga (dumping) akibat lebihan kapasiti pengeluaran; pematuhan terhadap piawaian buruh antarabangsa termasuk larangan buruh paksa; pematuhan terhadap standard alam sekitar dan kemungkinan pemberian subsidi kerajaan yang boleh menurunkan harga eksport secara tidak adil.

“Syarikat kita berjalan dengan baik, tiada masalah. Tetapi kalau mana-mana syarikat merasakan keempat-empat perkara ini mengganggu dari segi operasi. Dia kena bersiap sedia, kemungkinan besar syarikat itu tidak boleh eksport,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Johari berkata, ketidaktentuan geopolitik global juga berpotensi memberi tekanan kepada ekonomi negara.

Menurutnya, kerajaan masih mampu mengurus tekanan itu dalam tempoh dua bulan terdekat, namun keadaan mungkin berubah sekiranya konflik global berlarutan dan harga minyak terus meningkat.

“Malaysia ketika ini mengimport lebih banyak minyak berbanding jumlah yang dieksport.

“Harga minyak pada 2025 adalah sekitar AS$70 setong, tetapi apabila harga minyak meningkat melebihi AS$103 hingga AS$104 setong, ia akan menyebabkan subsidi kerajaan kepada rakyat meningkat sehingga kira-kira RM3.3 bilion sebulan,” katanya.

Beliau berkata, konflik global turut memberi kesan kepada kos pembuatan, antaranya disebabkan peningkatan kos tenaga, kos penghantaran yang lebih tinggi, kadar insurans yang meningkat serta kelewatan dalam penghantaran barangan.

“Keadaan ini secara tidak langsung boleh menyumbang kepada kenaikan inflasi di peringkat negara dan juga global,” katanya.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan