Kerajaan Pahang lancar siri jelajah ‘Masyarakat Qurani Negeri Dirahmati’

KUANTAN – Siri Jelajah ‘Masyarakat Qurani Negeri Dirahmati’ anjuran kerajaan Pahang bermula di Masjid Tepian Putra, dekat sini, hari ini.

Program hasil cetusan idea Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu bertujuan memberi peluang kepada warga emas lebih memahami dan menguasai sekurang-kurangnya satu surah yang terdapat dalam al-Quran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah berkata, program itu diadakan setiap hari Rabu, bermula jam 9.30 pagi hingga jam 10.30 pagi.

“Untuk program ini, kita akan adakan secara bersiri dan merangkumi semua daerah di Pahang.

“Sebagai permulaan, kita berada di Masjid Tepian Putra dan seterusnya kita akan ke daerah Maran… jadual untuk siri jelajah ini sedang disusun supaya setiap daerah berpeluang mengikut program yang sangat bermanfaat ini,” jelasnya ketika ditemui selepas siri jelajah itu, pagi tadi.

Beliau yang juga pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Pekan, memaklumkan program itu mendapat sokongan penuh dari Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).

Katanya, setiap peserta akan menerima sijil Talaqqi al-Quran Bersanad dan Hafazan Surah Pilihan yang dikeluarkan UniPSAS selepas mengikuti kelas selama enam bulan menerusi program itu.

“Hasrat utama kerajaan Pahang dan YAB Datuk Seri Wan Rosdy adalah untuk memastikan setiap peserta dapat menguasai dan menghafaz sekurang-kurangnya satu surah pilihan sepanjang mengikuti siri jelajah ini,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama meminta lebih ramai merebut peluang untuk mengikuti kelas dianjurkan sepanjang siri jelajah berkenaan.

Katanya, peluang itu ditawarkan secara percuma kepada warga emas – terutamanya mereka yang sudah pencen – supaya dapat menjadikan hafazan dan pemahaman surah pilihan mereka sebagai satu gaya hidup.

“Paling utama adalah ruang dan peluang yang ada digunakan sebaiknya. Tidak ada istilah lewat dalam belajar sesuatu dan ini adalah peluang yang sangat baik, disediakan kerajaan Pahang kepada mereka yang berminat,” tambahnya.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi