Kerajaan MADANI komited bangunkan infrastruktur, tingkat potensi sektor ekonomi

LIMBANG – Limbang bakal mengalami perubahan besar menerusi pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur yang sedang giat dijalankan hasil kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan  Sarawak.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pelaksanaan projek seperti Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) dan Lebuhraya Pantai Utara (Northern Region Coastal Highway) dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi tempatan, termasuk dalam sektor pertanian, pelancongan dan perniagaan.

“Limbang memiliki potensi besar kerana lokasinya yang strategik bersempadan dengan Brunei Darussalam dan Sabah.

“Namun, kekangan seperti jaringan jalan raya yang kurang baik menjadi halangan kepada pembangunan menyeluruh,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penangguhan Hari Bukit Mas di kawasan letak kenderaan Lot 777 pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang itu mengingatkan agar masyarakat bersabar dan memberikan kerjasama sepanjang tempoh pembinaan projek infrastruktur dijalankan kerana terdapat gangguan sementara seperti kerosakan jalan dan kesesakan lalu lintas.

“Jika tiada kerjasama antara masyarakat, agensi pelaksana dan pemaju, projek ini mungkin tidak dapat disiapkan mengikut jadual, dan ini akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat,” tegasnya.

Dalam masa sama, Hasbi turut menegur isu kebersihan di sekitar Limbang yang semakin membimbangkan, terutamanya melibatkan masalah pembuangan sampah sesuka hati di longkang dan kawasan awam.

“Masalah sampah ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan, tetapi boleh menyebabkan banjir dan menyumbang kepada penularan penyakit. Majlis Daerah perlu bertindak tegas dan cari jalan penyelesaian,” katanya.

“Masyarakat perlu lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran dan tidak mengharapkan pihak berkuasa semata-mata,” ujarnya.

Hasbi turut menekankan kepentingan pendidikan sebagai asas utama kemajuan masyarakat dan negara. Katanya, kerajaan kini melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan pelajar di luar bandar, khususnya di Limbang, tidak tercicir.

“Anak-anak kita di Limbang perlu diberi akses pendidikan yang berkualiti supaya mereka setanding dengan pelajar di kawasan bandar. Hanya melalui pendidikan, kita boleh ubah masa depan,” ujarnya.

Hari Bukit Mas tarik pelancong luar

Majlis Hari Bukit Mas yang diadakan turut mendapat sambutan menggalakkan, bukan sahaja daripada penduduk tempatan, malah pengunjung dari Brunei, Labuan, Lawas dan Miri.

Program itu juga menjadi platform kepada peniaga tempatan untuk memasarkan produk mereka dan memperkenalkan budaya tempatan kepada pelawat luar.

Related Posts

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

KEMASIK – Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik menyerlahkan bakat dan potensi generasi muda melalui pelbagai aktiviti seni, kepimpinan dan pengurusan acara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000