‘Kerajaan Kelantan tidak sensitif derita rakyat hadapi banjir’

PENGANALISIS sosiopolitik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi menyifatkan kenyataan seorang pemimpin di Kelantan yang mahu menjadikan ‘aktiviti’ di musim tengkujuh di negeri itu sebagai produk pelancongan sebagai tidak wajar tatkala rakyat negeri itu dilanda musibah.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Kamarudin Md Noor sebelum ini bercadang untuk mempromosikan kegiatan seperti luncur air dan makanan tradisi musim tengkujuh untuk menarik kehadiran pelancong.

“Banjir ini kita klasifikasikan sebagai fenomena global ataupun mana-mana negeri yang terdedah dengan banjir.

“Tetapi apabila menggunakan masalah rakyat dan derita mereka yang ditimpa musibah ia tidak patut dijadikan satu peragaan atau pelancongan ditengah-tengah kesusahan rakyat yang memerlukan bantuan.

“Saya kira, kenyataan ini bukan kali pertama disebut oleh pembangkang, sudah banyak kali,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Sabtu.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Banjir di sembilan negeri seluruh negara bertambah buruk dengan bilangan mangsa sudah mencecah 123,729 orang melibatkan 37,230 keluarga setakat jam 9 pagi pada Sabtu.

Angka tersebut melonjak daripada 119,525 mangsa bermula jam 6 pagi tadi yang ketika itu melibatkan 35,984 keluarga terkesan.

Dua negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu masih mencatatkan jumlah tertinggi serta tujuh lagi negeri lain yang tidak ketinggalan menunjukkan peningkatan tanpa henti.

Negeri tersebut adalah Kedah, Selangor, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Mengulas lanjut, Awang Azman berpendapat, meskipun ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN), generasi muda di Kelantan mulai sedar akan keikhlasan Kerajaan Perpaduan dalam mendahului rakyat pelbagai pelbagai aspek.

Beliau berkata, sekiranya kesedaran generasi muda ini berterusan dalam beberapa tahun akan datang, tidak mustahil akan membawa gelombang Madani di negeri Kelantan.

“Walaupun ini perkara biasa melibatkan ragam ahli politik pembangkang dan rakyat sudah lali, tetapi saya lihat sudah mula ada kesedaran dikalangan anak-anak muda apabila disantuni pihak Kerajaan Perpaduan yang menonjolkan keikhlasan mereka untuk membawa pembangunan.

“Selain itu, untuk memberikan yang lebih baik kehidupan yang lebih baik. Ia bersifat evolusi iaitu kesedaran yang mulai ada walaupun tidak secara besar-besaran.

“Tetapi sekiranya perkara ini berterusan sehingga dua tiga tahun lagi adalah sesuatu perkara perkembangan demokrasi disesebuah kawasan,” katanya.

Pada Khamis, dua jenis bantuan bencana disediakan Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan yang disalurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada semua negeri dilanda banjir iaitu Bantuan Wang Ihsan dan Bantuan Wang Ihsan Kematian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantuan Wang Ihsan adalah sumbangan RM1,000 untuk ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana dan berpindah atau berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Related Posts

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan