Kerajaan Johor usaha kawal harga santan pada musim perayaan

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan berusaha memastikan harga santan mampu dijual pada kadar berpatutan sempena perayaan nanti bagi mengelakkan pembelian bahan makanan asas itu membebankan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Lee Ting Han berkata, menerusi program Jualan MADANI anjuran Kerajaan Pusat, kadar harga santan mampu dijual RM12 sekilogram berbanding RM17 harga semasa di pasaran.

“Kerajaan juga mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Jualan Rahmah bagi membantu rakyat mendapatkan kelapa dan santan pada harga lebih rendah.

“Hari ini, menerusi program berkenaan, Kerajaan Pusat memberi subsidi dan diskaun sebanyak 30 peratus, dan kita dapat lihat tadi harga santan dijual pada RM12 sekilogram,” katanya dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook rasmi beliau sempena Program Jualan Rahmah MADANI di Pasar Awam Perling, di sini, hari ini.

Menurut Lee, harga santan di negeri ini masih tinggi meskipun bekalan kelapa dilaporkan semakin mencukupi setelah mengalami kekurangan ketara sejak akhir tahun lalu ekoran ketidakstabilan harga pasaran.

Justeru, beliau berharap dalam tempoh ini, orang ramai dapat memanfaatkan penganjuran Jualan MADANI yang berlangsung di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memperoleh pelbagai barangan makanan asas pada harga berpatutan.

Ujar Lee, pihaknya akan berusaha menambah stok dan meningkatkan bekalan kelapa di negeri ini bagi menstabilkan harga dalam jangka masa panjang.

Bulan lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dilaporkan mengambil langkah menstabilkan bekalan kelapa domestik dengan mengimport dan mengedarkan 661,761 biji kelapa atau bersamaan 661 metrik tan dalam menangani isu kekurangan bekalan kelapa negara.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16