Kerajaan Johor sedia bantuan kaunseling kepada keluarga Cikgu Istiqomah

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menawarkan khidmat kaunseling kepada ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam, Istiqomah Ahmad Rozi selepas guru wanita berkenaan ditemui mati dalam keadaan tragis.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, ia bagi membantu mengembalikan semangat keluarga khususnya anak-anak mangsa yang berusia 9, 6, dan 4 tahun.

“Kami bertemu dengan ibu bapa arwah serta suami dan dua daripada tiga anak-anaknya. Perbualan dengan ahli keluarga menceritakan semula kejadian dan kesedihan amat mendalam, menyentuh hati kami.

“Anak-anak arwah, yang masih kecil, kini memerlukan sokongan moral dan mental untuk menghadapi masa depan yang penuh cabaran tanpa ibu mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, semalam.

Turut menziarahi keluarga mangsa pada lawatan berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tiram, Azizul Bachok.

“Saya berdoa agar mereka diberikan ketabahan dan kekuatan jiwa serta semoga keadilan ditegakkan dengan pesalah dihukum setimpal dengan perbuatan keji tersebut,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superitenden Ashari Abu Samah dalam kenyataan mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan yang ditemui di tepi jalan di kawasan kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka pada 31 Disember tahun lalu ialah Istiqomah, 33, yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James