Kerajaan Johor, Grab jalin kerjasama jayakan TMJ 2026

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama baharu dengan syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan terkemuka, Grab bagi menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ 2026).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia termasuklah perbincangan kemas kini berhubung Perjanjian Perjalanan Rentas Sempadan bagi melancarkan lagi pergerakan pelancong dan rakyat negeri ini serta warga Singapura.

“Menerusi pertemuan ini, antara agenda utama dibincangkan termasuklah kemas kini berhubung Perjanjian Perjalanan Rentas Sempadan (Cross Border Travel Agreement), serta cadangan kolaborasi bersama Tourism Johor bagi menjayakan kempen Visit Johor 2026 secara lebih menyeluruh dan inklusif.

“Mesyuarat ini turut menyentuh potensi kerjasama rentas sempadan yang melibatkan kerjasama antara Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia dan Singapura, dengan peranan Grab dan penyedia pengangkutan awam lain dalam melancarkan pergerakan pelancong dan rakyat antara kedua-dua negara,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, semalam.

Justeru menurut Onn Hafiz, satu platform gabungan digital dan fizikal turut dicadangkan dengan memperkenalkan tempat-tempat menarik yang wajib dikunjungi di Johor.

“Inisiatif ini dilihat berpotensi besar untuk membantu pelancong mendapatkan maklumat dengan lebih mudah, sama ada secara dalam talian mahupun luar talian, sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan negeri.

“Saya yakin, inisiatif ini bukan sahaja akan memberi limpahan manfaat kepada sektor pelancongan dan pengangkutan negeri, tetapi juga membuka peluang pendapatan baharu kepada rakyat.

“Ia juga mampu merancakkan ekonomi setempat serta menjadikan Johor sebagai negeri yang moden, terbuka dan bersedia menerima kedatangan dunia,” katanya.

Related Posts

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

MUKAH – Tahap pengetahuan kesihatan dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka benar-benar memahami risiko penyakit, termasuk cara pencegahan yang betul. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

SEREMBAN – Kemelut membabitkan institusi adat di Negeri Sembilan semakin berlarutan apabila Datuk Mubarak Dohak kini diarahkan mengosongkan kediaman rasmi Balai Undang Luak Sungei Ujong serta-merta, selepas lebih 30 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

11 penempatan setinggan berisiko kebakaran dikenal pasti di Kapayan

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Aktiviti domestik pemacu utama ekonomi Malaysia meskipun berdepan krisis global

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa