Kerajaan hargai pandangan konstruktif pembangkang, tak layan isu picisan

KANGAR – Kerajaan sentiasa menghargai pandangan konstruktif daripada pembangkang dalam memastikan perancangan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan mengalu-alukan sebarang pandangan yang berbeza selagi ia mampu menambah baik dasar atau projek yang dirancang.

“Jika ada perkara yang ingin dilaksanakan, kita tidak persoalkan kritikan selagi ia berniat untuk memperbaiki. Setiap perancangan pasti ada risiko dan sebab itu kita alu-alukan perbincangan yang membina.

“Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan melayan isu-isu remeh yang tidak membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

“Saya pernah mohon agar Dewan Rakyat tidak digunakan untuk membahaskan perkara picisan yang tidak membantu. Masalah negara terlalu besar untuk kita buang masa pada perkara remeh,” katanya dalam sidang media selepas sesi libat urus Rancangan Malaysia ke-13 di sini, hari ini.

Beliau mengulas soalan wartawan berhubung kualiti pihak pembangkang masa kini yang disifatkan lemah bagi melakukan semak imbang dalam pentadbiran kerajaan.

Menurut beliau, sebagai wakil rakyat, fokus utama perlu diberikan kepada usaha menyelesaikan isu-isu rakyat yang lebih mendesak daripada berbahas perkara tidak penting.

“Daripada membincangkan soal peribadi seperti siapa botak atau siapa memakai kopiah, lebih baik kita bersaing secara sihat untuk membawa penyelesaian kepada masalah rakyat.

“Saya menyeru agar ahli politik dari kedua-dua belah pihak memberi contoh baik kepada masyarakat dengan memberi tumpuan kepada isu yang benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

“Jika pemimpin hanya menumpukan perkara remeh, ia akan mempengaruhi rakyat. Kita perlu sedar bahawa cabaran sebenar yang dihadapi rakyat jauh lebih besar,” katanya.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim