Kerajaan hantar 200 pelajar India ke China

BAGAN DATUK – Kerajaan akan memberi peluang kepada 200 lagi pelajar kaum India untuk menjalani latihan kerja dalam bidang pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) di China.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penambahan tempat itu akan dilaksanakan selepas program pertama yang turut membabitkan 200 pelajar membuahkan hasil.

“Kita tahu pemasalahan dihadapi oleh generasi muda India. (Sebab itu) saya ambil inisiatif kita tempatkan 200 pelajar kaum India belajar TVET di China secara percuma.

“Kalau berjaya, kita akan ikhtiar untuk tambah 200 tempat lagi untuk pelajar India,” katanya pada majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Parlimen Bagan Datuk di Dewan Dato’ Mohamed Jamrah, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan kepada seramai 720 murid dari 14 SJKT seluruh Parlimen Bagan Datuk selain televisyen pintar sebagai alat bantu belajar.

Pada 19 April lalu, Ahmad Zahid mengumumkan GiatMARA Bagan Datuk akan dinaiktaraf kepada Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih tenaga kerja dalam bidang TVET tempatan yang akan mendapat kepakaran dari China.

Susulan itu, beliau menghadiri Program Malaysia-China International Industry-TVET Education Cooperation dan menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) dengan pihak industri berkaitan TVET di China iaitu Beifang Automotive Education Group dan Tang (M) International Education Group sempena lawatan rasmi ke China, pada Mei lalu.

Ahmad Zahid dipetik berkata, sebanyak 220 syarikat China menawarkan 5,125 tempat kepada pelajar Malaysia untuk menjalani latihan berkaitan TVET bagi jangka pendek, sederhana dan panjang sekali gus menjadi ‘game changer’ atau pengubah keadaan dalam melonjakkan industri TVET di Malaysia.

Related Posts

Anwar rakam tahniah untuk Carney

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Persekutuan negara itu. Perdana Menteri berkata, beliau bersedia bekerjasama rapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai terbabit kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang sudah dikenal pasti

PUTRAJAYA – Kerajaan sudah mengenal pasti pegawai terlibat dalam kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, baru-baru ini. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif