Kerajaan gesa siasat segera tragedi pembunuhan Ismail Haniyeh

JEMAAH Menteri menggesa siasatan segera dilakukan terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Menerusi satu kenyataan, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri juga mahu pihak bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu dibawa ke muka pengadilan.

Menurutnya, mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu mengecam sekeras-kerasnya insiden itu dan bersolidariti bersama rakyat Palestin.

Fahmi menegaskan kerajaan akan terus lantang menyuarakan sokongan serta bekerjasama dengan negara lain dalam usaha mendesak pembebasan rakyat Palestin daripada sebarang bentuk kezaliman.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia menggesa siasatan segera dan menyeluruh dilakukan terhadap insiden pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan seorang pegawai peribadinya.

Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi satu kenyataan hari ini menegaskan, mereka yang bertanggungjawab harus dibawa ke muka pengadilan.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan itu dan mengucapkan takziah dan menzahirkan simpati kepada ahli keluarga, barisan kepimpinan dan rakyat Palestin.

Malaysia juga tanpa ragu-ragu mengutuk semua tindakan keganasan termasuk pembunuhan yang disasarkan.

Related Posts

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa hukuman sebat adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 yang disampaikan oleh Ketua Hakim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0