Kerajaan cadang perluaskan subsidi FLYSiswa kepada pelajar Semenanjung – PM

SHAH ALAM – Kerajaan sedang mempertimbangkan keperluan memperluaskan inisiatif FLYSiswa untuk pelajar universiti tempatan di Semenanjung Malaysia, khususnya melalui subsidi bagi tambang pengangkutan darat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program tahunan Kementerian Pengangkutan itu boleh diperluaskan kepada pelajar yang memerlukan tambang subsidi untuk perjalanan ke destinasi tertentu dalam Semenanjung.

“Kenapa FLYSiswa untuk Sabah dan Sarawak? Sebab kita semua maklum tiket penerbangan ke sana itu mahal, terutama ketika musim perayaan… jadi kita putuskan untuk bantu.

“Mengenai FLYSiswa di Semenanjung, saya akan bincang dengan Menteri Pengangkutan (Anthony Loke), mungkin untuk kawasan spesifik atau kawasan tertentu kita boleh bincangkan pelaksanaannya,” katanya pada Program Temu Anwar Universiti Swasta Management and Science University (MSU) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan seorang pelajar yang mencadangkan agar inisiatif itu diperluaskan untuk meliputi pengangkutan darat untuk pelajar di Semenanjung Malaysia.

Untuk rekod, inisiatif FLYSiswa kini menyediakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Related Posts

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

CYBERJAYA – Semua murid perlu dididik secara pragmatik untuk menjaga kebersihan termasuk membersihkan tandas di sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan itu tidak wajar dipertikaikan kerana ia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

CYBERJAYA – Satu daripada tujuh kapal Malaysia yang membawa bahan api mengalami kerosakan dan tidak dapat berlepas dari pelabuhan di Selat Hormuz. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia