Kerajaan atur himpunan sambut aktivis GSF

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI akan menganjurkan satu himpunan khas bagi meraikan kepulangan 23 ‘wira’ dan ‘wirawati’ negara yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Perdana Menteri berkata, himpunan itu juga sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin.

“Insya-Allah, saya menantikan ketibaan mereka di Kuala Lumpur, kita juga akan cuba sesuaikan masa, pada waktu malam, kita buat himpunan sedikit untuk (mereka) kongsikan pengalaman, bagus juga,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Khamis lalu, kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Mereka berjaya dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada jam 6.45 petang waktu Malaysia sebelum tiba di Istanbul jam 8.40 malam waktu Malaysia.

Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby dilaporkan berkata, semua delegasi Malaysia itu dijadual berlepas pulang ke tanah air, esok.

Anwar yang juga Penaung Sumud Nusantara memaklumkan, semua rakyat Malaysia itu berada dalam keadaan baik dan bersemangat kental.

Related Posts

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi