Keputusan SPM Johor terus catat GPN terbaik di Malaysia

JOHOR BAHRU – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Johor terus mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) terbaik sekaligus mengekalkan rekod cemerlang selama lima tahun berturut-turut di Malaysia.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad berkata, tahun ini, GPN Negeri merekodkan 4.36, manakala GPN Nasional adalah 4.49 dengan catatan 41 orang calon SPM 2024 memperoleh pencapaian cemerlang semua mata pelajaran (semua A+).

“Tahun ini, peningkatan sebanyak 0.09 peratus calon yang memperoleh semua A dalam mata pelajaran membabitkan seramai 1,513 calon berbanding 1,247 calon pada SPM 2023.

“Sebanyak 94.50 peratus calon layak memperoleh siji SPM, ia meningkat 0.70 peratus berbanding SPM 2023,” katanya ketika Pengumuman Keputusan SPM 2024 di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) hari ini.

Menurut beliau, bagi SPM 2024 di Johor, seramai 43,716 calon berdaftar dan daripada jumlah itu, 42,611 calon hadir menduduki peperiksaan terbabit, manakala 565 calon tidak hadir semua mata pelajaran.

Pada masa sama, Mohd Hanafi berkata, seramai 168 calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) menduduki SPM 2024 dan 16 orang mendapat keputusan cemerlang masing-masing empat calon memperoleh 8A, empat orang (7A) dan lapan orang (6A).

Katanya, bagi prestasi sekolah pula, berlaku peningkatan dalam peratusan 100 peratus layak mendapat sijil bagi sekolah bandar dan luar bandar iaitu sebanyak 81 buah sekolah pada SPM 2024, berbanding 75 buah sekolah pada SPM 2023.

“Bagi Sekolah Menengah Harian, sebanyak 41 buah sekolah mencapai 100 peratus layak mendapat sijil, Sekolah Menengah Agama (20 buah), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (lima buah) dan Sekolah Felda (lapan buah),” jelasnya.

Related Posts

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

IPOH – Isu pemindahan tiga ekor gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dari Zoo Taiping dan Night Safari ke Zoo Tennoji kini mencapai tahap perbincangan tertinggi apabila dibawa terus kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

PUTRAJAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diarahkan mempertingkat operasi pembenihan awan di utara Semenanjung susulan keadaan cuaca kering yang berpanjangan di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan