Kepengerusian Asean 2025: KSN siap siaga elemen perubahan luar jangka

KUALA LUMPUR – Berbaki 23 hari lagi menjelang Kepengerusian Asean 2025, Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengadakan pertemuan dengan hampir 60 agensi kerajaan dan termasuk rakan-rakan strategik daripada kalangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan, banyak perkara diputuskan pada mesyuarat pagi tadi melibatkan pengisian, takwim dan topik perbincangan, elemen gimik persembahan sehinggalah kepada penglibatan media dan publisiti serta cadangan cenderamata kepada delegasi Asean nanti.

“Saya tekankan, dalam apa jua persiapan dan penyelarasan logistik, urus setia perlu sentiasa bersedia dengan perubahan.

“Elemen ‘last minute’ dan ‘expect the unexpected’ perlu bijak diuruskan tanpa mengabaikan peraturan, pengurusan kewangan dan perolehan yang teratur dan tidak berkompromi soal keselamatan,” ujar beliau dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang tempoh Kepengerusian Asean 2025, Malaysia akan memberi keutamaan dalam perkara seperti melonjakkan perdagangan dan pelaburan antara Asean dan ekonomi lain.

Beliau berkata sepanjang tempoh berkenaan, Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi Asean dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.

Sementara itu, Anwar turut menegaskan semula pendirian Malaysia yang menyokong sistem perdagangan pelbagai hala yang adil dan saksama terutama bagi negara-negara sedang membangun.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dinaik taraf dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan apabila ia berfungsi sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat