Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

KUALA LUMPUR – Pelbagai kenyataan dikeluarkan yang bertentangan daripada kepimpinan utama DAP datangnya daripada ‘Team B’ sehingga menimbulkan konflik yang mengguris rakan komponen Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri kepada beliau oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

“Betul (Naib Presiden UMNO) Datuk Seri Johari Abdul Ghani, (Timbalan Presiden UMNO) Datuk Seri Mohamad Hasan kata nak takut dengan DAP ini pasal apa… yang keluarkan kenyataan macam-macam itu ‘Team B’ dalam DAP.

“Mereka pun ada Team B juga. Saya jumpa sendiri dengan Setiausaha Agungnya (Anthony Loke),” katanya semasa ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Sabtu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyokong kata-kata dilontarkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap seorang pemimpin DAP.

“Saya setuju Akmal jawab ‘lu ingat lu siapa?’. Itu bagus, itulah anak jantan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menasihatkan Akmal, agar sentiasa berhati-hati terhadap segala tindakan dilakukannya.

Beliau turut memberi menyifatkan ‘kenakalan’ Akmal itu akan menyebabkan orang lain mengaitkan dengan dirinya.

“Kadang-kadang, kalau anak tu baik, orang ramai kata ‘anak siapa yang baik tu? Oh, itu anak bapa’.

“Kalau anak itu nakal, dia akan kata ‘bapa siapa itu?’ Akmal, ayahanda pernah jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Akmal beruntung tak masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

“Ayahanda masuk ISA. Jangan terpijak kulit pisang macam ayahanda,” katanya.

Related Posts

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

SEREMBAN – Kerajaan Perpaduan yang dibentuk antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berteraskan tiga prinsip utama iaitu kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat. Ketua Setiausaha PH, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

SEREMBAN – Wakil rakyat DAP berdepan tindakan tegas termasuk disingkirkan daripada barisan kepimpinan sekiranya mereka cuba mengkhianati mandat atau menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

Kenaikan harga padi RM3,000 per tan: Manifesto atau fantasi politik?

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

Terkilan kemelut politik berlaku ketika kerajaan fokus tangani konflik global

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

“Jika ada wakil rakyat DAP cuba belot, saya campak” – Anthony

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Tiada pihak boleh ‘sailang’ jawatan MB selagi krisis adat belum selesai

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Sesi libat urus perkukuh kerjasama, percepat penyelesaian isu rakyat

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan bersiap sedia hadapi PRN bila-bila masa