Kempunan jadi PM semula punca Muhyiddin serang Anwar?

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin seringkali menghamburkan kritikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak berpeluang menjawat jawatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, Muhyiddin juga dingin dengan Anwar kerana tidak dipanggil membentuk kerajaan meskipun mempunyai sokongan melebihi Perdana Menteri yang juga merupakan Ketua Parti Pakatan Harapan (PH).

“Bagi saya, lazim seorang Ketua Parti Pembangkang Perikatan Nasional (PN) mengkritik kepada Perdana Menteri dan kemungkinan besar isu utamanya adalah selepas berlaku pilihan raya umum ke-15 beliau tidak dipanggil untuk membentuk kerajaan walaupun beliau mempunyai 115 sokongan yang melebih Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysia Press pada Sabtu.

Pada 22 November 2022, beliau yang juga merupakan pengerusi PN memutuskan untuk tidak membentuk kerajaan perpaduan dengan PH

Muhyiddin berkata, keputusan itu sudah dimuktamadkan sejak awal lagi untuk tidak bekerjasama dengan parti berkenaan.

Katanya gabungan itu menerima sokongan lebih 112 Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ujarnya, dokumen mengandungi akuan berkanun (SD) daripada 115 Ahli Parlimen itu diserahkan secara email kepada Istana Negara, semalam.

Menurutnya, bukti penerimaan turut diterima daripada Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Azmi juga menyifatkan, kerana isu itu berkemungkin keabsahan kerajaan Anwar sering ditimbulkan oleh Muhyiddin meskipun telah berlalu dua tahun.

“Kerana itu, mungkin keabsahan kerajaan Anwar sering ditimbulkan walaupun dah hampir dua tahun berlalu,

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah