Kempen ‘FSSK x ANMS’ fokus lahirkan mahasiswa sihat, berdaya tahan

KOTA KINABALU — Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal melaksanakan kempen gaya hidup sihat yang dinamakan ‘FSSK x ANMS’ bermula hujung bulan ini, dengan matlamat membentuk mahasiswa yang lebih sihat dan berdaya tahan.

Dekan FSSK, Profesor Dr. Asmady Idris berkata, pendekatan menyeluruh negara atau ‘whole of nation’ seperti yang digariskan dalam ANMS perlu mendapat sokongan semua pihak termasuk institusi pengajian tinggi.

“Kita sedang berdepan dengan krisis penyakit tidak berjangkit, termasuk masalah berat badan berlebihan dalam kalangan masyarakat.

“Saya berharap kempen di fakulti ini akan menjadi titik permulaan kepada satu usaha yang lebih besar di peringkat universiti, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, agar kesedaran ini dapat diperluaskan,” katanya ketika menghadiri sesi taklimat kempen berkenaan, di sini, pada Khamis.

Kempen itu merupakan hasil cadangan Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) kepada Unit Penyelidikan Komunikasi Pembangunan (C4D) UMS-UNICEF sebagai usaha bersama memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Sementara itu, Ketua Unit C4D UMS-UNICEF, Dr. Latif Lai berkata, beberapa aktiviti bersemuka dan menerusi media sosial telah dikenal pasti sebagai pengisian kempen yang akan berlangsung selama enam bulan.

Katanya, satu kajian awal yang melibatkan 360 mahasiswa telah dilaksanakan pada Mac lalu bagi mengenal pasti tabiat gaya hidup mereka, merangkumi aktiviti fizikal, pemakanan, pengambilan air, waktu tidur serta amalan berisiko seperti merokok, penggunaan vape dan pengambilan alkohol.

“Hasil kajian mendapati walaupun secara umumnya pelajar memberi jawapan yang positif, masih terdapat aspek gaya hidup yang memerlukan penekanan, khususnya dari segi pengetahuan, sikap dan amalan.

“Salah satu fokus kempen ini juga adalah meningkatkan kesedaran pelajar tentang jumlah pengambilan alkohol yang selamat dalam seminggu, tanpa mengetepikan usaha mendidik tentang sikap dan amalan yang sihat,” jelasnya.

Kempen itu berlandaskan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan akan menggalakkan warga FSSK mengamalkan gaya hidup sihat melalui senaman berkala, pengambilan lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari serta pematuhan kepada konsep Pinggan Sihat Malaysia.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO