Kempen dua permit, Thonny Chee dedah keunikan kempen di DUN Api-Api

KOTA KINABALU – Sebahagian besar pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api adalah pengundi yang menetap di luar kawasan daerah mengundi, sekali gus menjadi cabaran besar kepada calon Pakatan Harapan (PH), Thonny Chee dalam berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Thonny memaklumkan, keadaan tersebut mencetuskan cabaran tersendiri, terutama dalam usaha menjalankan kempen dan menyalurkan bantuan secara berkesan kepada pengundi di kawasan Api-Api.

Jelasnya, suasana terbabit turut memberi kesan kepada pelaksanaan janji dan perkhidmatan rakyat kerana penyelarasannya bergantung kepada lokasi sebenar pengundi berada.

“Api-Api agak unik. Dalam lima daerah mengundi, kebanyakannya penduduk tidak tinggal dalam kawasan mengundi mereka. Bila mahu berkempen, kita perlu memohon dua permit, satu permit Api-Api, dan jika mahu turun ke Inanam contohnya, perlu mohon permit di sana pula.

“Kalau penduduk berada dalam satu kawasan, lebih mudah. Kita boleh jumpa mereka dan selesaikan masalah di situ juga. Tetapi kerana sebahagian besar berada di luar kawasan, kita perlu bekerjasama rapat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di tempat mereka tinggal,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) selepas ceramah kelompok di Taman Keramat, pada Selasa.

Dalam pada itu, Thonny berkata, kerjasama antara wakil rakyat adalah penting sekiranya terdapat pengundi di kawasan Api-Api menetap di DUN lain.

“Sebagai contoh, di Inanam, Datuk Peto Galim adalah ADUN bertanding di situ. Kalau beliau menang saya menang, senang sebab kami dari PKR dan orang mengundi saya di Api-Api, duduk di Inanam saya boleh bantu begitu juga pengundi Datuk Peto di Api-Api kita boleh bantu… dari segi peruntukan tertakluk kepada kawasan jadi kena runding dengan dewan undangan negeri tertentu.

“Peruntukan kerajaan tertakluk kepada kawasan masing-masing, justeru rundingan dan koordinasi antara pejabat ADUN amat diperlukan untuk memastikan semua pengundi menerima manfaat sewajarnya,” katanya.

DUN Api-Api menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan Chee berdepan Ng Chun Sua dari Parti Impian Sabah, Ting Shu Kiong (STAR), Soh Kee Suat (PBK) dan Loi Kok Liang (Warisan).

Hari pengundian PRN Sabah ditetapkan pada 29 Nov ini, manakala 25 Nov untuk pengundian awal.

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi