Kemerdekaan pendidikan cerminan gagasan Malaysia MADANI

KEMAMAN – Erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, sebaliknya merangkumi kebebasan sistem pendidikan negara yang mampu membebaskan minda daripada belenggu pemikiran kolot dan jumud.

Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, YM Tengku Shahrir Tengku Dahlan berkata, perjuangan kemerdekaan masa kini adalah untuk membebaskan akal dan jiwa generasi muda daripada pengaruh negatif, sekali gus melahirkan pelapis yang berperanan membina ketamadunan negara.

“Pembinaan tamadun memerlukan pemimpin masa depan yang memiliki tahap keintelektualan tinggi, berfikiran bebas dan berupaya mengangkat martabat bangsa serta negara ke tahap lebih tinggi. Inilah yang selari dengan gagasan Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang peringkat Daerah Kemaman 2025 di Dewan Orang Ramai Felda Neram 1, di sini, pada Selasa.

Program anjuran Jabatan Penerangan itu merupakan acara tahunan yang dimulakan dengan konvoi kenderaan dan motosikal dari Besut ke Kemaman.

Konvoi berkenaan turut disertai Pengarah Penerangan Negeri Terengganu, Sait Yaman; Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu, Wan Suhaini Wan Mohammad; warga Jabatan Penerangan Negeri dan Majlis Keselamatan Negara Negeri.

Acara turut diserikan dengan sukan rakyat serta pertandingan busana kemerdekaan membabitkan penyertaan kanak-kanak prasekolah dan peserta dewasa.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan