Kementerian Komunikasi rangka persiapan RMK13

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi sedang merangka persiapan menghadapi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bermula tahun ini hingga 2030.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau menekankan beberapa perkara, termasuk cabaran dihadapi industri kreatif terutama perfileman yang mengalami perubahan drastik.

“Jadi ada beberapa perkara yang saya minta diberi penekanan termasuk mungkin perlu ada penstrukturan, perlu ada reformasi kepada institusi sebab kita lihat beberapa industri seperti perfileman ataupun ekonomi kreatif, dia cepat berubah.

“Organisasi perlu bersedia menghadapi perubahan-perubahan seperti ini dengan memanfaatkan teknologi (seperti) kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya,” katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Kerja Hala Tuju Strategik Kementerian Komunikasi 2025, di Melaka, pada Jumaat.

Ditanya mengenai Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini, Fahmi berkata, kementeriannya akan memainkan peranan menjelaskan kepada rakyat mengenai sumbangan negara dalam pelbagai bidang.

“Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran akan memainkan peranan untuk menjadi penyelaras media rasmi dan juga penyiar rasmi untuk ASEAN.

“Bagi agensi lain, mereka ditugaskan membantu memahamkan, menjelaskan kepada rakyat tentang pencapaian, hasil dan juga isu dibangkit, dibincangkan dan diputuskan melalui pelbagai mesyuarat dan pertemuan serta sidang kemuncak ASEAN nanti,” katanya.

Related Posts

Biodiesel B15 dilancar 1 Jun, sokong penstabilan harga diesel

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan biodiesel B15 mesti dikeluarkan melalui 19 loji mulai 1 Jun ini juga, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, pengeluarannya penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini