
LAWAS – Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang diadakan di Lawas sememangnya menunjukkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di sini masih kuat.
Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berkata program sebegini dapat menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di Lawas.
“Kerjasama dan sokongan daripada semua lapisan masyarakat sememangnya amat diperlukan demi mencapai cita-cita dan hasrat masa depan lebih baik,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Lawas yang turut mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Selasa.
Sementara itu, wakil Pengarah Penerangan Sarawak Seri Kestury berkata program ini diadakan bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarat erti kemerdekaan.
“Selain itu, kami juga mahu memberi fokus dan tumpuan kepada komuniti setempat (Komuniti MADANI) supaya dapat menyemarak sambutan Bulan Kebangsaaan 2024 ini,” ujarnya lagi.
Selain itu, tambah Seri, tumpuan ini juga dapat ditelusuri denyut nadi komuniti pada peringkat akar umbi.




